Friday, April 2, 2010

Aku masih mampu tersenyum

Assalamualaikum...

ALLAHUAKBAR.. tak terluah dgn kata apa yg di rasa.. rasanya minggu ni sahaja aku dah mendengar 4 masalah org yg pelbagai2.. seberat telinga mendengar berat lagi bahu yg memikul.. wahai sahabat2.. aku doakan kalian semua dirahmati olehNYA dan dipermudahkan jalan dgn masalah2 kalian..

wahai sahabat..
percaya lah tiada yg sia2 dgn setiap apa yg kalian rasa..
sama ada rasa itu perit..
atau rasa itu manis..
rasailah dgn senyuman..
dan sulami dgn tangis keinsafan..
bukan tangisan meratap..

wahai sahabat..
berSABARlah dgn ujian yg kalian rasa..
seribu hikmah menunggu kalian dihadapan..
jangan biarkan perasaan mengawal diri..
jangan biarkan perasaan mengalahkan kewajaran..
jangan biarkan perasaan berjalan dihadapan akal..
percayalah sahabat..
itu semua ujian dlm sebuah perjalanan yg panjang..
letaklah akhirat yg kekal di kepala..
untuk diutamakan dan dimuliakan..
dunia yg sementara ini di kaki..
bukn untuk dihina..
tp untuk mengingatkan..
mengejar dunia hanya sia2..

wahai sahabat..
aku juga seperti kamu..
seribu satu masalah yg masih dikepala..
seribu satu persoalan tentang hidup..
yang aku sendiri tak mampu mencari jawapannya..

wahai sahabat..
aku tak sekuat yang kalian sangka..
aku juga tak setenang yang kalian fikirkan..
senyuman ku juga tak bermakna aku gembira..
hidup ku juga penuh pancaroba..

wahai sahabat..
aku juga kdg2 tak berdaya..
aku juga sering mengalirkan air mata..
saban hari saban malam..
dan masa silih berganti..

wahai sahabat..
sedikit nasihat ku untuk insan yg aku kasihi
juga peringatan buat diri ku
carilah TUHANMU di dalam apa jua situasi kehidupanmu..
jadikanlah TUHANMU sebagai kekasih..
yang tak pernah akan melukai hatimu..
yg sentiasa ada dekat dihatimu..
jadikanlah TUHANMU sebagai sahabat..
yang ada diwaktu senang dan susahmu..
pelengkap kehidupan..
Jadilah TUHANMU sebagai teman..
yang tak pernah jemu mendengar keluh kesahmu..
malah memberi kamu sejuta rahmat..
atas kehidupanmu..

wahai sahabat..
maka tenang lah yg akan menenamimu..
walau seberat mana pn ujian keatas bahumu..

wahai sayang ku semua.. kuatkan keyakinan.. moga perjalanan ini membuahkan hasil utk kehidupan akan datang.. aku sayang kamu..

wassalam..

No comments:

Post a Comment