Monday, August 1, 2011

2nd day fasting

Assalamualaikum w.b.t

Ramadhan ya ramadhan... Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa tahun ni.. Selamat menyambut ramadah al-mubarak kepada semua muslimin dan muslimat di seantero dunia. Moga keberkatan itu ada bersama2 kita. Menjadi satu titik permulaan kepada satu perubahan dalam kehidupan yang membawa bahagia dunia dan juga akhirat.. Yang juga menyucikan hati2 yang kotor dengan tinta2 hitam yang merusakkan keseluruhan tanpa disedari.. Ingat pd 1 sabda atau firman saya tak sure.. tp bunyinye lebih kurang begini.. Dalam diri manusia ada seketul daging, dimana andai baik ia maka baiklah keseluruhan dirinya.. daging itu lah yg dinamakan hati.. Maka dengan kesempatan RAMADHAN ini moga kita mampu membersihkan hati kita.. dimana jiwa kita ada disitu...

Moga dengan hadirnya jiwa dalam ramadhan kali ini kita dapat sama2 menghayati dengan mengambil sebanyak mungkin peluang yang ada memperbaiki diri.. muhasabah diri... agar diri lebih bahagia dan tenang menghadapai hari2 yang mendatang..

Hidup ini sunyi tanpa ujian.. UJIAN itu adalah tanda kasih dan sayangNYA pada hambaNYA yang mampu memikul. ALLAH kurniakan air mata sebagai teman suka dan duka. Jangan ditakutkan pada UJIAN malah bersyukur lah pada UJIAN.. UJIAN datang dalam pelbagai bentuk dan rupa.. Jgn difikirkan kekayaan itu bukan ujian tapi kemewahan.. Jangan difikirkan kesihatan itu bukan ujian tapi kuat.. Jangan difikirkan bahagia itu bukan ujian tapi kesenangan.. Hidup ini percaturan.. Didalam situasi apa pun ada bahagia dan ada duka yang silih berganti rasanya kerana lumrah alam ini seperti roda.. kdg2 di atas dan kdg2 di bawah..

Bila terasa sangat bahagia jgn sesekali lupa bersyukur dan bersedialah untuk mendapat duka yang berganda.. kerana bahagia akan datang berganda kpd yg berjaya dalam ujian hidupnya.. dan ujian dtg lagi berganda2 dan bahagia datang jua berganda2 bg yg melepasinya..

Walaupn sebanyak mana air mata keluar utk rasa bahagia... dr kelopak mata yang sama jugalah air mata duka yg bahagia untuk rasa bahawa ALLAH masih menyayangi diriku dan dirimu jua.. Terima kasih ALLAH krn memberi aku air mata itu.. Untuk aku rasa aku punya teman gembira dan teman berduka..

Terima kasih ALLAH untuk air mata ramadhan kali ini.. sama ada kerana suka atau duka.. air mata itu tetap aku hargai.. kerana aku yakin dengan sepenuh hati.. BAHAGIA akan datang bg setiap titis air mata yang mengalir ini.. Terima kasih ALLAH atas nilai SABAR yang KAU sertakan dalam kehidupanku.. Terima kasih ALLAH atas semnagt yg tak pernah luntur dan pudar mewarnai hidupku.. Terima kasih ALLAH untuk segala-galanya...

Salam ramadhan semua..

No comments:

Post a Comment