Wednesday, July 20, 2011

TODAY IS MY DAY... THANKS ALLAH...

Setiap tahun pd tarikh 20.07 adalah hari saya.. hari saya dilahirkan… hari saya kenal dunia.. hari saya mula berada dipentas yg penuh cabaran dan dugaan. Menguji keimanan dan ketakwaan sya yg lahirnya saya ALHAMDULILLAH saya seorg muslim.. Yang dipertanggungjwbkan untuk menghamba abdikan diri utk melakukan kebaikkan di pentas dunia ini untuk yang maha KUASA.. hari itu jugalah janji aku pd PENCIPTAKU termetrai. Dengan itu selamat lah aku lahir pd jam 7.45am dengan penuh kesempurnaan akal dan fizikal. Menjadi anak kpd mak dan bapak serta adik kepada abg2 dan kakak.. ALHAMDULILLAH.. segala puji bg ALLAH sejak hari itu sehingga hari ini nafas itu masih lagi turun dan naik.. Nyawa itu masih dijasad.. kudrat aku masih mampu bekerja.. dan aku masih lagi anak kepada ibu bapa dan adik kpd abg2 dan kakak.. aku hahagia.. Kini aku berkerjaya.. kerjaya yg buat aku gembira.. punya kedudukan dan sedikit harta.. kini aku mamu senyum bangga dan puas utk kehidupan aku apa adanya… TERIMA KASIH ALLAH.. atas semuanya..

Tapi kekadang aku terfikir.. adakah apa aku ada itu menunjukkan aku telah menjalankan perjanjian aku pdNYA.. atau hanya keperluan dunia yg sia2.. tp yg pasti ia adalah anugerah dan hadiah terhebat ALLAH beri pd stiap hambaNYA yg merasa.. TERIMA KASIH ALLAH.. peliharalah ia jgn krnnya aku lalai, aku leka, aku berbangga. Mg itu 1 jalan utk aku mencari redhaMU utk hari kekal ku..

Ye.. hr ini genap 29 thn aku hidup didunia MU.. dunia yg penuh air mata suka dan duka.. 29 tahun yg aku harapkan bukanlah yg sia2… apalah ertinya usia yg pjg kalau ia sia2.. biarlah ia pendek namun berkualiti.. kuantiti dan pengiraan tambahan hanya hitungan dunia… namun hitungan akhirat tak pernah kenal usia itu muda atau tua.. kali ini aku memikirkan mati.. sama ada kematian itu akan hadir utk diri sendiri atau utk org2 yg aku syg.. yg pasti mati itu akan dtg utk kita semua.. moga kita semua bersedia menghadapai kematian.. kematian diri sendiri dan kematian org2 yg kita saying.. Ya ALLAH aku mhn agar usia ku bermakna.. Usia ibu bapa ku bermakna.. Kuatkn kami utk menjaga usia yg berkualiti.. Ambil kami diketika engkau sayangi kami, ketika amalan kami engkau terima, ketika kami sedang melakukan kebaikan, ketika kami dlm REDHAMU, ketika kami telah bertaubat.. ketika taubat kami engkau terima… ambil kami ketika Engkau latakkan diri kami untuk menjadi ahli SYURGA.. Usia akan terus bertambah tanpa mengurang walau sehari.. moga dengn bertambahnya usia bertambahlah kebaikkan yg kita lakukan, tambah keimanan dan tambah ketabahan. Jgn takutkan usia yg bertambah.. tp takutlah pd usia yg telah kita sia2kan..

TERIMA KASIH ALLAH untuk usia yg ada… TERIMA KASIH MAK untuk kelahiran yg menyakitkan… TERIMA KASIH BAPAK untuk kesabaran memberi keperluan.. TERIMA KASIH SEMUA yg mewarnai hidup saya…

AMPUNKAN AKU YA ALLAH UNTUK DOSA MENGSIA2 KN USIA… MINTA MAAF MAK KERANA MEMBUAT MAK TERLUKA… MINTA MAAF BAPAK UNTUK BEBAN2 YG DITANGGUNG… MINTA MAAF SEMUA UNTUK KESILAPAN2 YG ADA…

No comments:

Post a Comment