Tuesday, April 26, 2011

After all..

Assalamualaikum...daha gak lama blog ni senyap kan.. senyap dari segala cerita semasa dan aktiviti kegemaran.. tak ada upload gambar2 dan sebagainya.. Rindu pulak rasanya nak bercerita dan berkongsi.

Last cerita adalah pasal konvo.. kira2 da sebulan tak menjengah blog sendiri. Alhamdulillah sepanjang sebulan semuanya berjalan dengan baik. Urusan resign di Research Management Centre UTM juga berlalu dgn baik. Bermacam2 pengalaman sepanjang bekerja di RMC sama ada dr segi teoritikal dan juga praktikal, dari segi merancang dan melaksana malah juga pembuat keputusan di situasi kritikal. Really ianya pengalaman yg sgt berguna. Walaupun hanya sempat sebulan bertugas sebagai pegawai tadbir kontrak.. sempat juga aku dipertanggungjwbkan utk membentangkan perubahan dan idea2 perubahan yang boleh dilakukan di organisasi RMC utk menambahbaikkan dr segi process dan penggunaan teknologi terkini dlm membantu pengurusan. Walaupn hny sebulan belum byk yg aku boleh propose namun dgn harapan apa yg sedikit yang aku propose itu dapat di implementkan dan dpt membantu mereka.. AMENNN... Uccapan jutaan terima kasih kpd en fendy, kak chinda, chem, amal, lia, kak salin, kak fuzah dan lain2 yg byk membantu. Terutamanya kpd staf di bwh jagaan kak lili dan kak ita.. Thank u 4 ur support dan komitmen.. wish all of u a gud luck.. RMC is my las destination at UTM.. I will always miss UTM.. Di sini saya pernah menjadi org tidak berguna.. disini juga saya belajar untuk jadi org berguna.. disini saya menangis suka.. dan di sini juga saya ciptakan air mata suka.. di sini saya pernah jatuh tersungkur.. dan di sini saya gagah bangun dan berlari.. di sini segalanya untuk saya membina jati diri saya.. dari saya yg tak punya apa2 sehingga apa saya ada hari ini.. 10 tahun di sini mengajar saya tentang hidup dan keluarn dgn penuh berkeyakinan dan kesederhanaan.. terima kasih kpd semua warga UTM..


Kini saya di dunia baru saya.. merangkak mencari pengalaman dan kehidupan.. moga di sini aku bahagia.. bahagia dunia yg membawa bahagia akhirat.. moga aku mampu jadi pekerja yg cemerlang dalam mendidik anak2 bangsa yg keciciran.. pengalaman lepas yg harus aku kongsikan.. bahawa kejayaan itu bukan sahaja utk org pandai.. tp kejayaan itu terbuka luas utk semua org yg mahukan kejayaan.. berusahalah anak2 didik ku.. tercicir hari ini bukan bermakna herus berhenti.. tapi mulakan semula dgn harapan yg akhirnya kejayaan itu milik kita..

Selamat maju jaya...

Sunday, March 27, 2011

Konvokesyen UTM yang ke-46

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. akhirnya apa yg ditunggu selama 3 tahun tercapai jugak.. 1 kepuasan yg tak terhingga rasanya.. Melonjakkan lagi rasa dan semangat untuk menghabis 1 lagi tangga ke PHD.. Insyallah..

Namun dalam kegembiraan terselit sedikit kesedihan.. Melihat mak dan bapak yg uzur ditelan usia. Kalau dulu masa diploma mak sihat dan mak gembira, bapak plak tak brp sihat masa tu sb batuk teruk tp dia gembira dan aku sedey sgt sb masa tu semua org degree dan aku hny mampu beri diploma.. Berbeza pula situasinya dengan degree.. mak, bapak and aku punya 1 rasa.. gembira dengan rahmat kesihatan tubuh badan.. dan aku menangis gembira krn aku mampu beri medal dekan untuk mak bapak rasa bangga.. tp hari ini.. 2 rasa itu bercampur baur.. Antara gembira dan sedey.. Mak tak sihat sb mak baru lepas operation tangan buat tapak dialisis, lutut pn sakit tak boleh jalan sangat. Mlm sblm konvo tu mak sgt lemah dan tak berdaya.. Aku hny mampu berdoa dan solat hajat bahawa esok mak diberi kesihatan untuk pergi konvo..krn mak yg sgt excited menunggu konvo ni dulu ms dia sihat.. Alhamdulillah ALLAH mengabulkan doa aku.. masa hr konvo kaki mak sihat dan mak agak bermaya utk pergi.. aku tahu mak menggagahkan diri utk hadir.. Dan bapak Alhamdulillah sihat dan byk memberi sokongan sama ada dr segi tenaga dan semangat buat mak.. Inilah cinta utuh org dulu2.. bukan mcm org skang kn..?? Terima kasih buat shima nad inda (anak sepupu) yang menemankan mak and bapak aku sepanjang majlis berlangsung..

ALHAMDULILLAH..
semua da berlalu dengan baik.. Terima kAsih ALLAH untuk semua pemberian MU..

Pesanan kepada anak2 remaja.. Gunakan usia remaja itu dengan sebaiknya.. supaya mak dan bapak merasa kejayaan kita sewaktu mereka sihat.. agar perkongsian kejayaan itu lebih bermakna.. Jangan melambatkan dan membuang masa krn kita tak tahu bila masa mak bapak kita akan sihat utk merasa kejayaan kita.. Berusaha sungguh2 untuk apa jua yg sedang si usahakan pertamanya krn ALLAH, keduanya krn diri yang mahukan kejayaan, dan yang ketiganya kerana mak and bapak. Kongsikan kejayaan itu bersama2.. bukan hanya utk diri sendiri.. krn di sebalik kejayaan itu ada insan2 yg penting ada sebagai penyokong kejayaan itu.. hargai lah mereka2 itu terutamanya mak dan bapak..

Saya doakan moga kita semua berjaya sebagai hamba ALLAH, sebagai umat RASULALLAH, sebagai anak soleh/solehah kepada IBU BAPA, sebagai ketua dalam RUMAH TANGGA, sebagai isteri kepada SUAMI tercinta, sebagai ibu/bapa kepada ANAK2 yang solehah, sebagai pekerja cemerlang kepada MAJIKAN, sebagai masyarakat yang menyumbang kepada masyarakatnya..

Aminnn...

Sunday, March 6, 2011

Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. lama da rasanya tak post apa2 entry di sini.. seolah2 merahsiakan apa yg berlaku... actually bukan merahsiakan tapi seolah2 tak punya masa untuk mengupdate blog ni.. apa yg bz sgt pn tak tahu la.. kerja2 mengait jugak da lama tak buat.. belajar menjahit juga separuh jalan.. iish2.. apa la nk jadi ni.. mgkn masa lebih ditumpukan kepada perancangan kerjaya dan masa depan.. usaha mohon kerja.. interview sana sini.. dan kahirnya dgn izin ALLAH.. ALHAMDULILLAH setelah pelbagai cabaran dan dugaan kerjaya tetap kerajaan telah ku perolehi.. ALHAMDULILLAH segala puji bg ALLAH yg memberi rezeki..

walaupn cita2 utk mengajar di UTHM tidak kesampaian.. tp masih mampu bersyukur dan mengucapkan ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH ALLAH KRN MEMBERI APA YG AKU PERLUKAN... INSYALLAH cari pengalaman sebanyaknya.. keadaan masih mampu di ubah.. akan aku usahakan jua utk mengajar di UTHM.. bukan utk diriku semata2.. tp utk mak dan bapak juge.. moga ALLAH memberi aku waktu dan kesempatan dan peluang itu.. Moga ALLAH melambatkan masa mak dialisis.. dan aku mohon moga mak tak payah dialisis pon.. :((

Namun agak sedih meninggalkan UTM setelah 10 tahun aku di sini.. mula2 sedey pergi sebagai pelajar.. setelah itu sedey lg pergi sebagai research officer part time.. dan sedey lagi utk kali ke3 pergi sebagai pegawai tadbir pulak.. yg ni da menyusahkan org sb terpaksa berenti setelah memegang jawatan selama 5 hari.. namun ALLAH maha kuasa yg menentukan... ada hikmah aku ditempatkan di sini walau sekejap cuma.. semua berlaku sama ada baik atau buruk ada hikmah yg tersurat utk kita.. ALLAHUAKBAR.. allah maha besar..

Untuk jawatan baru ini belum aku maklumkn kepada dr dayang ex-supervisor aku yg sgt excited bl tahu aku dapat keje di UTM ni.. selalu je dia call kt office cerita apa sahaja tentang perkembangan lab dan student2 beliau.. sehingga kini hubungan kami sgt baik.. sedey pulak bile dia tahu aku akan pergi mengajar ke segamat.. dr dayang maafkan aku ini semua demi masa depan.. minta maaf juga tak dpt smbg PHD kerana keadaan tidak mengizinkn.. INSYALLAH masa akan datang bila mana semuanya da stabil akan aku sambung jugak nnt.. DOAKAN.. cita2 untuk bergelar DR SUZILA SABIL takkan aku lupa.. semoga ALLAH memudahkan dan megizinkan...

Hr ini sgt takut utk bg tahu boss kat sini utk berenti.. tp aku kene bg tahu jugak.. moga mudah urusan aku.. YA ALLAH MUDAHKANLAH urusan ku untuk resign dan tidak ada apa2 tindakan yg harus aku lalui.. :(

Konvo juga da dekat.. 23 aku lapor diri di KPT dan 24 aku lapor diri di kolej segamat .. di ikuti raptai konvo 25 dan konvo ke 46 26.. moga semua berjalan lancar.. ameen...

k sambg keje apa yg patut.. salam ceria buat semua..

Tuesday, January 18, 2011

Tahun Baru 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Terasa sudah begitu lama tak aku update blog ni.. banyak cerita ingin di luah namun kadang2 adalah lebih baik kita simpan sebagai rahsia diri.. bermacam suka duka telah ditempuhi sepanjang taun 2010.. setahun pengalaman dan diberi kesempatan untuk terus hidup memungut sisa2 kehidupan menambah koleksi pengalaman yang pelbagai yg mematangkan diri saban hari dan saban waktu..

Tahun terus berlalu.. dan berlalu.. mengejar waktu.. dan kita masih lalai mengejar dunia.. dunia yg penuh dgn bayang2.. dunia yang penuh dengan keindahan sementara.. dunia yg di kelilingi dusta.. dunia yg sering mengaburi mata manusia.. kita lalai dlm menilai keperluan di SANA..

Seiring dgn berlalu waktu.. masing2 membuka buku lama.. menyemak senarai matlamat tahunan.. tercapaikah matlamat aku mahu kereta besar.. tercapaikah matlamat aku mahu kaya.. tercapaikah matlamat aku mahu kurus.. dll segalanya utk dunia.. (ini juga termasuk diriku sendiri yg lemah dan jahil)..

Sedarkah kita.. MATLAMAT HIDUP KITA DI DUNIA.. MATLAMAT KITA DI LAHIRKAN.. itu yg WAJIB kita TANAM dan TULIS dlm diari kita stp hari supaya kita ingat akan MATLAMAT kita HIDUP yg sebenarnya.. tp itu yg sering kita lupa krn kita sering mendahulukan matlamat dunia kita..

Wahai sahabat2 sekalian marilah kita kembali ke JALAN yg BENAR.. keluar dr KEBIASAAN.. jadikan yang BENAR itu KEBIASAAN.. tetapkan MATLAMAT AKHIRAT dahulu sblm menetapkan MATLAMAT DUNIA..

Marilah kita sama2 MUHASABAH DIRI.. akan SOLAT kita spnjg tahn.. SEDEKAH kita.. AMALAN sunat kita.. bacaan quran kita.. dan sebagainya.. Moga ia mampu memberi kita keinsafan untuk memperbaiki diri.. prcayalah tak de yg SMPURNA.. tp kita perlu sentiasa berharap dan berusaha kearah kesempurnaan.. STP HARI ADALAH UTK KITA PERBAIKI DIRI.. Moga ALLAH terus beri kita HIDAYAH dan KASIH SAYANGNYA dlm menjalani kehidupan.. Kdg2 kita tak perlu tgg kita BAIK sgt utk berubah tp cukuplah dgn rasa ingin berubah utk menjadi lebih baik.. dan berusaha dan berdoa ke arah itu..

SEMOGA TAHUN BARU 2011 mnjadikan kita seorg yg lebih baik dr tahun2 sebelumnya.. di akhir zaman ini yg BAIK itu dikatakan LEMAH dan KALAH dan yg JAHAT itu dikatakan KUAT dan MENANG.. dan makanya BERSABARLAH saudara ku dgn tanggapan dunia itu kerana ALLAH memberi yg lebih BAIK di akhirat nnt.. jgn ada ptus asa dlm melakukan KEBAIKKAN.. ALLAH sentisa bersama org yg berada dijalanNYA.. ingatlah DUNIA itu SEMENTARA..

wassalam..

Wednesday, October 13, 2010

Kereta buruk vs Kereta baru..

Assalamualaikum..

Lamanya tak bukak blog ni.. ni gara2 malas sgt2 nk bukak laptop.. sejak abis belajar ni mmg agak liat nak bukak laptop n tenet.. actually tajuk ni adalah post yg lama tp error plak masa nk send.. so hr ini aku smbg balik ye cerita kereta buruk vs kereta baru.. ia adalah sebuah cerita perumpaan dr seorg sahabat PN SHAHLIZA lab mate aku..

Cerita nye lebih kurang begini lah..

apa kita rasa bila kita memandu kereta buruk..
kita pasti akan rasa bestnya ada kereta baru and mewah kn.. tp sewaktu memandu kita tak perlu la sgt berhati2 takut kereta calar, takut langgar lobang, takut itu, takut ini sb nak jaga kereta baru la katakan.. tp kalau pakai kete bruk kita selalunya redah je kan.. ala.. da buruk.. ada lopak air pn redah.. kita pn tak takut kalau kene hempet dgn kereta lawa.. kalau calar pn tak kisah...

tp apa pulak rasanya bile kita memandu kereta baru..
Pastinya kita akan cukup berhati2.. maklumla kereta baru nnt apa2 nk baiki mahal.. sayang sgt.. beli mahal kan.. sangup lalu jalan jauh kalau jalan tak elok.. kalau kene hempet sikit dgn kenderaan lain sure cepat2 kita yg akan mengelak sb takut kete calar.. kita sgt berhati2..

tapikan ..

org yg memandu kereta mewah juga kadang2 ingin jugak memandu kereta buruk sb boleh redah je.,. dan yg memandu kereta buruk sudah semestinya sgt2 ingin memandu kereta mewah.. sedangkan mereka tak tahu bhw naik kete mewah selalu kene harga mahal bile buah tepi jalan.. hihihi.. itu persepsp org bila membawa kereta mewah orgnya kaya.. sudah semestinya kene ketuk harga tinggi2..

itu hny cerita.. tp apa kaitannya dgn kehidupan seharian.. kiranya org yg memandu kereta buruk itu adalah org yg sering ALLAH uji.. kiranya org yg selalu di uji itu hatinya kental.. dia redah je apa pn yg ada depan mata dan terima dgn rela tanpa perlu risau apa akan terjadi.. tak perlu risaukan byk benda..

dan org yg memandu kereta mewah dan cantik itu adalah umpama org yg senang perjalanan idupnya.. semua ada untuk dirinya.. ALLAH jarang menguji dirinya.. oleh kerana itu org yg jarang di uji itu sgt berhati2.. dia tak berani meredah oanak dan duri kehidupan yg susah dan memeritkan..

oleh itu.. moral of the story is.. jgn disangka buruk itu murah.. buruk itu hina.. buruk itu lemah.. tp kdg2 bila kita menilai buruk otu dr persepsi yg positif kita mampu menilai buruk itu ada kebaikkan.. buruk itu kekuatan.. buruk itu menuju jalan kehormatan.. yg penting buruk itu mengajar kita menghargai kebaikkan..

dan jangan di sangka semua yg baru itu bagus.. mewah itu kebanggaan.. gagah itu kekuatan.. tp sebenarnya ia satu anugerah yg wajib di syukuri dan bukan 1 alasan yg melalaikan kita dr mengingati ALLAH yg MAHA MEMBERI..

KERANA.. sama ada yg datang itu BAIK atau BURUK.. akhirnya kedua2 nya pasti mendatangkan KEBAIKKAN.. kepada mereka yg sentiasa mencari KEBAIKKAN dalam apa jua situasi yg mereka hadapi.. yg penting YAKINLAH.. ALLAH takkan mendatang sesuatu itu untuk sia2.. JAUH sekali menganiaya hambaNYA..

moga kita dpt kebaikkan dlm stp jalan yg kita lalui.. aku tak brp reti bercerita.. cerita best pn tak jadi best.. tak kisahlah janji apa yg ingin aku sampai kan itu sampai..

salam ukhwah buat semua