Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. akhirnya apa yg ditunggu selama 3 tahun tercapai jugak.. 1 kepuasan yg tak terhingga rasanya.. Melonjakkan lagi rasa dan semangat untuk menghabis 1 lagi tangga ke PHD.. Insyallah..
Namun dalam kegembiraan terselit sedikit kesedihan.. Melihat mak dan bapak yg uzur ditelan usia. Kalau dulu masa diploma mak sihat dan mak gembira, bapak plak tak brp sihat masa tu sb batuk teruk tp dia gembira dan aku sedey sgt sb masa tu semua org degree dan aku hny mampu beri diploma.. Berbeza pula situasinya dengan degree.. mak, bapak and aku punya 1 rasa.. gembira dengan rahmat kesihatan tubuh badan.. dan aku menangis gembira krn aku mampu beri medal dekan untuk mak bapak rasa bangga.. tp hari ini.. 2 rasa itu bercampur baur.. Antara gembira dan sedey.. Mak tak sihat sb mak baru lepas operation tangan buat tapak dialisis, lutut pn sakit tak boleh jalan sangat. Mlm sblm konvo tu mak sgt lemah dan tak berdaya.. Aku hny mampu berdoa dan solat hajat bahawa esok mak diberi kesihatan untuk pergi konvo..krn mak yg sgt excited menunggu konvo ni dulu ms dia sihat.. Alhamdulillah ALLAH mengabulkan doa aku.. masa hr konvo kaki mak sihat dan mak agak bermaya utk pergi.. aku tahu mak menggagahkan diri utk hadir.. Dan bapak Alhamdulillah sihat dan byk memberi sokongan sama ada dr segi tenaga dan semangat buat mak.. Inilah cinta utuh org dulu2.. bukan mcm org skang kn..?? Terima kasih buat shima nad inda (anak sepupu) yang menemankan mak and bapak aku sepanjang majlis berlangsung..
ALHAMDULILLAH..
semua da berlalu dengan baik.. Terima kAsih ALLAH untuk semua pemberian MU..
Pesanan kepada anak2 remaja.. Gunakan usia remaja itu dengan sebaiknya.. supaya mak dan bapak merasa kejayaan kita sewaktu mereka sihat.. agar perkongsian kejayaan itu lebih bermakna.. Jangan melambatkan dan membuang masa krn kita tak tahu bila masa mak bapak kita akan sihat utk merasa kejayaan kita.. Berusaha sungguh2 untuk apa jua yg sedang si usahakan pertamanya krn ALLAH, keduanya krn diri yang mahukan kejayaan, dan yang ketiganya kerana mak and bapak. Kongsikan kejayaan itu bersama2.. bukan hanya utk diri sendiri.. krn di sebalik kejayaan itu ada insan2 yg penting ada sebagai penyokong kejayaan itu.. hargai lah mereka2 itu terutamanya mak dan bapak..
Saya doakan moga kita semua berjaya sebagai hamba ALLAH, sebagai umat RASULALLAH, sebagai anak soleh/solehah kepada IBU BAPA, sebagai ketua dalam RUMAH TANGGA, sebagai isteri kepada SUAMI tercinta, sebagai ibu/bapa kepada ANAK2 yang solehah, sebagai pekerja cemerlang kepada MAJIKAN, sebagai masyarakat yang menyumbang kepada masyarakatnya..
Aminnn...
Suzi...tahniah...dah dapat pon master...alhamdulillah mak ngan bapak suzi masih bole berbangga ngan suzi...biarpon tak brape sihat....
ReplyDeletecongrats kak suzie..sorry x hadir...
ReplyDeletethanks kak yot.. ALHAMDULILLAH... abis gak akhirnya and dapat keje tetap.. nazar pose 7 hari ni kak.. hihihi..
ReplyDeleteaziah thanks.. tak pe.. da selamat da semuanya..
ReplyDelete