Tuesday, January 18, 2011

Tahun Baru 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Terasa sudah begitu lama tak aku update blog ni.. banyak cerita ingin di luah namun kadang2 adalah lebih baik kita simpan sebagai rahsia diri.. bermacam suka duka telah ditempuhi sepanjang taun 2010.. setahun pengalaman dan diberi kesempatan untuk terus hidup memungut sisa2 kehidupan menambah koleksi pengalaman yang pelbagai yg mematangkan diri saban hari dan saban waktu..

Tahun terus berlalu.. dan berlalu.. mengejar waktu.. dan kita masih lalai mengejar dunia.. dunia yg penuh dgn bayang2.. dunia yang penuh dengan keindahan sementara.. dunia yg di kelilingi dusta.. dunia yg sering mengaburi mata manusia.. kita lalai dlm menilai keperluan di SANA..

Seiring dgn berlalu waktu.. masing2 membuka buku lama.. menyemak senarai matlamat tahunan.. tercapaikah matlamat aku mahu kereta besar.. tercapaikah matlamat aku mahu kaya.. tercapaikah matlamat aku mahu kurus.. dll segalanya utk dunia.. (ini juga termasuk diriku sendiri yg lemah dan jahil)..

Sedarkah kita.. MATLAMAT HIDUP KITA DI DUNIA.. MATLAMAT KITA DI LAHIRKAN.. itu yg WAJIB kita TANAM dan TULIS dlm diari kita stp hari supaya kita ingat akan MATLAMAT kita HIDUP yg sebenarnya.. tp itu yg sering kita lupa krn kita sering mendahulukan matlamat dunia kita..

Wahai sahabat2 sekalian marilah kita kembali ke JALAN yg BENAR.. keluar dr KEBIASAAN.. jadikan yang BENAR itu KEBIASAAN.. tetapkan MATLAMAT AKHIRAT dahulu sblm menetapkan MATLAMAT DUNIA..

Marilah kita sama2 MUHASABAH DIRI.. akan SOLAT kita spnjg tahn.. SEDEKAH kita.. AMALAN sunat kita.. bacaan quran kita.. dan sebagainya.. Moga ia mampu memberi kita keinsafan untuk memperbaiki diri.. prcayalah tak de yg SMPURNA.. tp kita perlu sentiasa berharap dan berusaha kearah kesempurnaan.. STP HARI ADALAH UTK KITA PERBAIKI DIRI.. Moga ALLAH terus beri kita HIDAYAH dan KASIH SAYANGNYA dlm menjalani kehidupan.. Kdg2 kita tak perlu tgg kita BAIK sgt utk berubah tp cukuplah dgn rasa ingin berubah utk menjadi lebih baik.. dan berusaha dan berdoa ke arah itu..

SEMOGA TAHUN BARU 2011 mnjadikan kita seorg yg lebih baik dr tahun2 sebelumnya.. di akhir zaman ini yg BAIK itu dikatakan LEMAH dan KALAH dan yg JAHAT itu dikatakan KUAT dan MENANG.. dan makanya BERSABARLAH saudara ku dgn tanggapan dunia itu kerana ALLAH memberi yg lebih BAIK di akhirat nnt.. jgn ada ptus asa dlm melakukan KEBAIKKAN.. ALLAH sentisa bersama org yg berada dijalanNYA.. ingatlah DUNIA itu SEMENTARA..

wassalam..